Tuesday, December 17, 2013

Resipi Cream Puff dan Creamy Krim Kastard

Assalamualaikum . . . 

Mengidam la pulak nak makan cream puff yang memang sedap gila tu.So try la cari resepi dekat cik google.Sekali keluar,haaa samapai tak terbaca resepi tu.Banyak sangat.So pilih yang nampak sedap di mata,cair di mulut,kenyang di perut.Heheheh

Actually lambat lagi nak buat.Tunggu cuti semester dulu.Tapi dah alang-alang takdak kerja nak dibuat,apa lagi search terus laa.

Sedap tak ??

Resepi cream puff nih ambik dekat :
http://www.myresipi.com/top/detail/1693

         Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter

250 ml air

1/2 sudu teh gula

3 biji telur 



     Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...


Untuk Krim kastard resepi ambik dekat :


1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah 
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




Selamat Mencuba !
:*) :')



No comments:

Post a Comment