Friday, December 20, 2013

Kesihatan Diri Menjelang Final exam

Assalamualaikum semua ..



Apa kahbar ??
Sihat ??
Mudah-mudahan sentiasa berada di bawah rahmat Allah Subhanahuwa Ta'ala.

Hari ni adalah hari terakahir kuliah bagi semester kali ini.Lepas ni menyusul pula study week yang semestinya perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh student.Ramai yang pulang ke kampung sepanjang study week ni.Kolej dah sunyi.Sedih.Nak balik jugak tapi apakan daya kalau balik rumah memang tak studylah jawabnya.Thats why better stay je dekat sini.Senang sikit nak study.Tak banyak gangguan.

Musim-musim 'demam' exam ni semestinya kesihatan perlu diutamakan.Kalau tak susah la.Ye laa nak study pun tak bole sebab tak berapa nak sihat.Preparation untuk exam pun tak boleh nak buat.
Bukan susah pun nak jaga kesihatan diri ni.
Macam-macam yang bole dilakukan untuk make sure kita sentiasa cergas dan cerdas.

Antara beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri :-

  •  Banyak minum air masak.Kalau boleh 8 gelas sehari.
  •  Jangan terlalu stress.Jangan paksa diri study kalau dah capai tahap maksimum.
  •  Jaga pemakanan.Ambil makanan yang seimbang.
  •  Bersenam.Even tengah study bersenam tu perlu.Tak lama pun.20-30 minit pun dah cukup.
  • Jangan tidur terlalu lewat kerana boleh affect kesihatan.
  • Itu adalah antara beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan diri menjelang musim peperiksaan tak lama lagi.
  • So selamat maju jaya kepada semua student UKM,budak-budak FEP 
  • dan kepada semua student yang akan menduduki peperiksaan akhir tak lama lagi.

  Do your best !
Good Luck !
:*)

Tuesday, December 17, 2013

Resipi Cream Puff dan Creamy Krim Kastard

Assalamualaikum . . . 

Mengidam la pulak nak makan cream puff yang memang sedap gila tu.So try la cari resepi dekat cik google.Sekali keluar,haaa samapai tak terbaca resepi tu.Banyak sangat.So pilih yang nampak sedap di mata,cair di mulut,kenyang di perut.Heheheh

Actually lambat lagi nak buat.Tunggu cuti semester dulu.Tapi dah alang-alang takdak kerja nak dibuat,apa lagi search terus laa.

Sedap tak ??

Resepi cream puff nih ambik dekat :
http://www.myresipi.com/top/detail/1693

         Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter

250 ml air

1/2 sudu teh gula

3 biji telur 



     Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...


Untuk Krim kastard resepi ambik dekat :


1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah 
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




Selamat Mencuba !
:*) :')



Saturday, December 14, 2013

Sahabat

Bismillah ...
Assalamualaikum ..

Erti sebuah persahabatan ..



SAHABAT SEJATI

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.



Sumber :

Drama Foundation English

Assalamualaikum . . . 

Alhamdulillah selesai sudah persembahan drama untuk kelas foundation english bagi kelas aku.Almaklumlah berlakon hari firstNevous la jugak kan.Dahla group yang kedua pulak tu.Tapi takpa dah settle semua.Lega sikit.Tak payah nak fikir-fikir dah.

Kalau nak dibandingkan dengan group lain ,memang group aku la yang paling biasa-biasa ja.Dengan peralatan yang kami guna meang sikit.Kalau group lain Ya Allah banyak gila perlatan yang depa guna.Dengan pedanglah,buat replika istanalah.Haishhh.Dahsyat sungguh.

Tapi apa pun tahniah kepada ahli group yang gelah bertungkus-lumus untuk menjayakan drama kami tu.
Daripada setiap kelas yang masuk drama tu,2 drama yang terbaik akan dipilih untuk dilakonkan dihadapan Naib Canselor.Beliau akan bersara tidak lama lagi.Kepada group yang terpilih tahniah laa.

Aku akan kongsikan sedikit gambar group kami.


Tajuk Drama Kami
"Flour Baby"


Sir Taufik ajar Grammar
Madam Shazleena ajar drama


.Ni antara pelakon-pelakonnya yang bertindak sebagai student

Saturday, December 7, 2013

Cara tangani stress.




 Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
   berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
  denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
  diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
 dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

 Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.


 Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.





 Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.


doaedit

Berdoa.
Cara yang paling berkesan bagi seorang muslim.


Sumber :





Apa itu stress ?




Hellooo ...!
Assalamualaikum semua ..

Lebih kurang 3 minggu ja lagi student-student UKM akan menduduki final exam.Pengajian bagi semester kali ini akan tamat tak lama lagi.Semakin dekat tarikh peperiksaan semakin sibuk pulak jadinya.Biasalah adat student.Macam-macam program perlu diuruskan.Dengan assignment lagi.

'Stress' merupakan perkara yang sudah sebati dalam hidup seorang student.Tak studentlah kalau tak stress kan.Lagi-lagi nak dekat exam ni.Macam-macamlah jadinya.Bukan setakat stress ja tapi banyak lagi gangguan lain.So kita perlu tanganinya dengan cara yang betul agar ia tak menjadi lebih teruk.

Jadi apa itu stress ??

Sebenarnya stress boleh dilihat kepada beberapa faktor.Antaranya dari segi perubahan fizikal,sikap di samping perubahan emosi.

Stress menurut pandangan islam  ialah punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah).

Sumber :