Assalmualaikum ..
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.Masih lagi boleh menghayati pemandangan indah , menghayati pelbagai jenis ranjau kehidupan ,mengenali pelbagai ragam manusia.Semakin hari semakin banyak dugaan dan ujian hidup yang dihadapi.Namun hakikatnya itulah yang boleh membuatkan kita sentiasa belajar dari kesilapan.Berfikir dulu sebeum melakukan sesuatu.
Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu jauh dari rumah,jauh dari family,macam -macam perkara yang boleh terjadi.Dekat sini kena pandai bawak diri.Tiada lagi orang untuk menegur kita mengatakan ini tak boleh itu tak boleh.Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Jangan pula lupa jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita demi memastikan kita sentiasa selesa dalam meneruskan pelajaran.Mereka lah insan yang paling banyak berkorban untuk kita demi melihat kita berjaya didunia dan di akhirat.Tanpa mereka tiadalah kita.
Sebagai seorang anak juga semestinya kita perlu sentiasa menghormati ibu bapa.Dosa seorang anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas didunia juga.Lihatlah betapa pentingnya kita untuk menghormati ibu bapa.Janganlah mengecewakan mereka akibat perbuatan yang kita lakukan.Namun gembirakanlah mereka dengan kejayaan yang kita kecapi,tunjukkan bahawa merekalah insan yang membimbing kita sehingga ke tahap ini.
Sudah cukup walau kita tak mampu memberi wang ringgit.Hanya itu sudah mampu melihat senyuman mereka.Siapa sanggup lihat ibu bapa kita bersedih.Tidak ada yang sanggup walau sebenci mana pun terhadap mereka.
Jadi disini saya akan berkongsi serba sedikit adab kita terhadap ibu bapa serta amalan yang boleh dilakukan.
Teruskan membaca kerana ia akan disambung ke entry yang seterusnya.
Jangan stop sampai di sini.OK???
No comments:
Post a Comment