Friday, November 29, 2013

Adab Terhadap Ibu Bapa






CARA MENGHORMATI IBU BAPA


1. Dari Segi Percakapan

· Bercakap dengan sopan santun
· Bercakap dengan penuh hormat
· Merendahkan suara
· Menggunakan perkataan yang baik
· Menunjukkan muka yang manis
· Tidak membantah kata-kata mereka.
· Tidak menyakiti perasaan mereka.

2. Dari Segi Pergaulan

· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
· Meminta izin mereka sebelum keluar
· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
  Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

· Merupakan perintah Allah S.W.T.
· Sunnah Rasulullah S.A.W.
· Sebagai balasan jasa baik mereka
· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
· Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

1. Semasa Mereka Hidup

· Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
· Selalu menziarahi mereka
· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
· Merawati mereka ketika sakit.
· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

2. Setelah Mereka Meninggal Dunia

· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
· Membayar hitang mereka sekiranya ada
· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
· Berbuat baik kepada rakan mereka
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
· Dibenci oleh allah s.w.t
· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
· Mendapat dosa besar
· Institusi keluarga akan hancur
· Masyarakat menjadi kucar-kacir
· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA

· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
· Dihormati dan dikasihi oleh manusia
· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
· Jiwa tenang dan tenteram
· Ikatan kekeluargaan bertambah erat




Amalkan selalu







Insan Yang Disayangi

Assalmualaikum ..



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.Masih lagi boleh menghayati pemandangan indah , menghayati pelbagai jenis ranjau kehidupan ,mengenali pelbagai ragam manusia.Semakin hari semakin banyak dugaan dan ujian hidup yang dihadapi.Namun hakikatnya itulah yang boleh membuatkan kita sentiasa belajar dari kesilapan.Berfikir dulu sebeum melakukan sesuatu.

Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu jauh dari rumah,jauh dari family,macam -macam perkara yang boleh terjadi.Dekat sini kena pandai bawak diri.Tiada lagi orang untuk menegur kita mengatakan ini tak boleh itu tak boleh.Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Jangan pula lupa jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita demi memastikan kita sentiasa selesa dalam meneruskan pelajaran.Mereka lah insan yang paling banyak berkorban untuk kita demi melihat kita berjaya didunia dan di akhirat.Tanpa mereka tiadalah kita.

Sebagai seorang anak juga semestinya kita perlu sentiasa menghormati ibu bapa.Dosa seorang anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas didunia juga.Lihatlah betapa pentingnya kita untuk menghormati ibu bapa.Janganlah mengecewakan mereka akibat perbuatan yang kita lakukan.Namun gembirakanlah mereka dengan kejayaan yang kita kecapi,tunjukkan bahawa merekalah insan yang membimbing kita sehingga ke tahap ini.

Sudah cukup walau kita tak mampu memberi wang ringgit.Hanya itu sudah mampu melihat senyuman mereka.Siapa sanggup lihat ibu bapa kita bersedih.Tidak ada yang sanggup walau sebenci mana pun terhadap mereka.

Jadi disini saya akan berkongsi serba sedikit adab kita terhadap ibu bapa serta amalan yang boleh dilakukan.

Teruskan membaca kerana ia akan disambung ke entry yang seterusnya.
Jangan stop sampai di sini.OK???


Tuesday, November 26, 2013

Video Masalah Pembuangan Bayi


10 Tips Pengurusan Masa

Tak cukup masa ?
Sering kekurangan tidur akibat kerja yang banyak ?
Letih ??

 Disini ada 10 cara bagaimana menguruskan masa yang betul. :-->


1)     Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2)     Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.
3)     Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4)     Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5)     Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6)     Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7)     Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8)     Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita  yang lalu dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9)     Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa  tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Setiap orang mempunyai bilangan  masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja serta berehat dan tidur dengan cukup.


See ???
It is right ??
Think it ..

Sumber :

http://melayumaya.blogspot.com/2012/03/10-tips-pengurusan-masa-berkesan.html

Teknik Pembelajaran Yang Berkesan







FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

  • Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN


  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN


  1. Suasana / Tempat Belajar
              Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya

   
  2. Memilih Masa Yang Sesuai

  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.

     3.Pembelajaran Di Sekolah


  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.

   4.Membaca, Memahami dan Menghafal


  • Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).

   5.Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-

  • Mengandungi semua maklumat penting
  • Bersih dan mudah dibaca
  • Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
  • Ringkas dan padat
  • Kesungguhan Belajar



Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.







Friday, November 22, 2013

Kumpulan Doa-Doa Untuk Pelajar

Bismillahirahmanirrahim ....



  •  Do’a mohon dibukakan dada, untuk menerima ilmu dan kefasihan

رب شرح لى صدرى ويسرلى أمرى وحلل عقدة من لسانى يفقهو قولى 

“ya Alllah, bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuanku pada lidahku, agar mereka faham akan perkataanku”


  •  Do’a mohon dihidupkan hati dalam menuntut ilmu

ياحيّ ياقيّوم يابديع السّموات والارض ياذالجلالوالاكرم ۞ يالله لااله الا انت اسألك ان تحيي قلبى بنور هدايتك ياارحم الرحمين


“ya Allah tuhan yang maha hidup yang berdiri sendiri. Pencipta langit dan bumi tuhan yang maha besar dan maha mulia ya Allah tidak ada tuhan yang patut disembah hanya engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya engkau hidupka akan hatiku dengan nur hidayah-Mu. Ya tuhanku yang maha kasih sayang”



  •   DO'A  mohon ditambah ilmu dan kefahaman

ربّ زدنى علما ورزقنى فهما

“ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik”


  •  Do’a mohon diberi kecerdasan berfikir


اللهم الهمنى رشدى وأعذنى من شرّ نفس

“ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku”


  •  Do’a untuk memperkuat ingatan

الرحمن علم القرآن خلق الانسانن علمه البيان الشمس والقمر بحسبان والنجم والشجر يسجدان ۞ لاتحرّق لسانك لتعجل به إنّ علينا جمعه وقرآ نه ۞ فإذاقرأناه فاتّبع قرآنه۞ ثمّ إنّ علينا بيانه بل هوقرآن مجيدفى لوح محفوظ

“Allah yang maha rahman yang mengajarkan Qur’an. Ia menjadikan insan dan mengajarinya keterangan tentang matahari dan bulan dijadikan-Nya dengan perhitungan, bintang dan pepohonan sujud kepada-Nya. Jangan engkau gerakan lidahmu, engkau tergesa-gesa dengan itu. Kamilah yang membacanya, dan mengumpulkannya. Apabila membacanya, ikutilah bacaan itu. Kemudian kami memberikan penjelasannya. Tetapi itu adalah Qur’an yang mulia, ditulis dipapan yang terpelihara (Lauh Mahfudl)



Final Dah Dekat ..

Assalamualaikum semua ...


Semua sihat ??? Alhamdulillah.Tak lama lagi dah nak final exam.Tinggal lagi 3 ke 4 minggu ja lagi.Kejap ja kan,Pejam celik pejam celik dah nak habis satu semester.Rasa baru semalam ja daftar,baru semalam ja tengah orientasi.Masa berlalu begitu cepat.Setiap saat sangat berharga.

Nak dekat penghujung semester ni memang busy sikit la kan.assignment lagi,program lagi.Memang kena pandai manage masa .Kalau tak memang tak sempat nak buat semua tu.Nak study lagi.Banyak benda nak kena buat.Study tu better prepare dari awal sebab nanti tak kalut sangat.Yang paling penting tak stress.Enjoy ja ..


Yala banyak subjek yang nak kena study.Kalau aku.ada 6 paper untuk final.Setiap paper'tough' la jugak kan.Paper yng paling susah rasanyaaaa...semua kut.Hehehehe.Sebab tu la kena start awal baru la seronok jawab exam kan.


Hmmm.Bilalah aku nak  ziarah library ni.Study dekat sana.Tenang sikit,Tapi malas ahh.Tudia teruknya,Ishkkk3.Bilanya nak berubah tak tahu la.

Study jugak tapi jangan lupa kewajipan sebagai orang islam.Selalu berdoa kepadaNYA agar dipermudahkan segalanya.AMIN..


Alang-alang tu aku nak share doa-doa yang boleh diamalkan .
But continued to new entry ..
Jangan lupa baca yaa ..
Terima kasih :'0

Wednesday, November 20, 2013

Explore Bangi

Hello hello .


Apa khabar semua ??? Harap sihat yaa.Entry kali ni nak story pasal aku jalan-jalan ke bangi.Memang nampak macam tak perlu ja kan nak story dekat sini.Tapi disebabkan terlalu banyak benda yang aku lalui masa pergi sana,so aku nak story la sikit.

Aku ke bangi just nak survey cenderahati ja untuk event kolej aku.Aku bukan asal sini so aku tak tahu dekat mana nak cari kedai cenderahati tu.Kiranya ni macam redah ja.Janji jumpa.Tak kisah la kan.
Masa  tu aku pergi dengan kawan naik ktm ke bangi.Ingat ka dia pergi bandar baru bangi.Tengok-tengok masuk pekan lama.Jadi satu kerja pulak nak pusing jauh-jauh.Nak pergi tu tak kisah tapi tambang teksi tu la mahal.Teksi bermeter la kata kan.

Perbualan dengan pak cik dalam teksi .
              
                     Pak cik : La kenapa tak naik ja teksi dari ukm ? dekat sikit.
                     Aku      : Kami tak tau pak cik.Kami bukan orang sini.Lagipun baru masuk ja                                     So tak tahu macam mana nak ke sana.
                    Pak cik : Kalau dari sini jadi jauh balik la.Tambang pun jadi mahal la.Lain kali                                   naik ja teksi dari ukm.Teksi banyak.Jangan risau.
                     Aku      : Tak pe lah pak cik ni first time.Lain kali tahu dah la.
                     Pak ci  :  nanti nak balik tunggu ja teksi sebab teksi banyak.
                     Aku      : Nasib la pak cik ni baik.*dalam hati*. 



Elok dah sampai satu bangi kami pusing (overnya).Memang penat tak terkata la.Dari satu bangunan ke satu bangunan.Punya la jauh berjalan,satu kedai ja ynag jumpa.Hmmm.Nasib badan lah.
Lepas tu jalan pulak ke mall.Jauh jugak la dari situ tapi kalau nak naik teksi mahal satu hal,batang hidung teksi pun tak nampak.
Pumya la semangat jalan tengok-tengok hujan pulak.Ya Allah banyaknya dugaan.Nasib lah kawan aku ni bawak payung.Kalau tak memang basah kuyup la.

Memang pengalaman gila lah.Tapi dalam hati cakap *lepas ni tak mau mai dah *
Fuhhh letih sangat.
Memang first time jalan sejauh tu dalam hujan pulak.Ishkk3.
Lastly jumpa jugak kolej ku yang tercinta.Ingat tak boleh balik dah.

Ok dah habis..
Heheheh.
Jumpa lagi..

Monday, November 18, 2013

Pengalaman hidup mematangkan diri

Salam alaik...



Tak lama lagi dah nak masuk 20 tahun. Dah macam-macam yang dilalui sepanjang 19 tahun di dunia ni.
Yang manis yang pahit semua dah dirasai.Tapi yang paling heaven sekali bila still baby lagi.Tak payah nak pening-pening kepala fikir masalah dalam hidup ni.Makan tidur main.Itu ja yang jadi rutin harian baby.Bestkan. 

Tapi bila dah mencecah umur belasan tahun macam-macam yang kena fikir.Tak banyak sangat pun ,just kena belajar ja.Tapi susah jugak.Bila belajar nak kena fikir pasal exam lah apa lahh.Macam-macam lah.

Dari situlah banyak benda baru yang aku dapat ,yang aku pelajari.

Dah boleh berfikir yang mana baik,yang mana buruk.Yang mana boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.Mungkin dulu tak pandai lagi nak hidup berdikari.Semua parents yang kena buat.Tapi bila dah stay dekat asrama jauh dari family,semua kena buat sendiri.At first memang la tak biasa tapi lama kelamaan okey la.Kalau tak tahu bertanya.Macam pepatah la 'malu bertanya sesat jalan '.



Yang paling penting dah pandai buat keputusan sendiri.Fikir dulu sebelum buat apa-apa.Bila dah jadi student 'u' ni macam la kan pengaruh yang ada.Jangan terlalu terikut-ikut dengan something yang memang salah.Tengok dulu yang mana betul yang mana salah.Yang mana boleh buat yang mana tak boleh.Dari situlah kita dapat mengetahui corak kehidupan zaman sekarang.Dimana pun kita berada,just ingat apa tujuan kita sebenar-benarnya.


Just be yourself.
Remember who we're.

Jangan lupa selalulah ingat kepadaNYA .
Dalam apa jua yang dilakukan , tika susah mahupun senang,sentiasalah ingat kapada YANG MAHA ESA.

Wasalam....




Sunday, November 17, 2013

Bengkel UBS


Assalamualaikum   Bismillah


Sabtu lepas aku telah menghadiri satu bengkel iaitu bengkel UBS.Bengkel tu just untuk student yang ambik akaun.
Selalunya kan kalau kita belajar akaun,kita akan create sendiri kita punya akuan'T' ,jurnal dan sebagainya yang berkaitan.So kalau untuk pengiraan pulak memang kita kena calculate one by one .Memang makan masa la kan.Lepas tu dah berjam-jam buat,tengok-tengok kita punya amaun tak imbang.Haa kalau tak imbang tu ada salah dekat mana-mana tu .Jadi dua kerja pulak nak kena cek balik.Penat kan ..
So thats why lah adanya bengkel ni.Ia bertujuan untuk memberi pendedahan agar kita dapat mengetahui serba sedikit mengenainya sebelum melangkah ke alam pekerjaan. 

Dia ada lah step by step macam mana nak masukkan data , kalau salah macam mana nak betulkan.Memang dia ajar satu satu. Memang seronok sebab kita tak perlu lagi nak tekan calculator.Tak payah menulis.

Memang banyak lah ilmu yang dapat dari bengkel tu.Haa satu lagi yang aku suka.Instructor yang ajar kami tu  memang muda gila.First tu memang aku ingat students UKM .
The way dia ajar pun memang sangat faham.Aku suka sangat !!!


Haa lupa nak bagitaw .

UBS = USER BUSINESS SYSTEM


Memang enjoy sangat masuk bengkel tu.Rasa macam nak buat lagi dan lagi .
Hehehehehe .


Okey tu je kutt.
Byee
Jumpa lagii ....

Shortcut Virus Remover v3.1 Uitm.


Helloo ....



Stress dengan virus shortcut segala bagai tuh ? Haa nah ambik nih aku nak share shortcut virus remover.Yang ni nak scan untuk computer sekali pon boleh tau.

Lepas laptop aku diserang virus yang tak berperikemanusiaan baru lah kalut cari benda ni.
Akhirnya aku boleh menarik nafas lega.
Kihkihkih..



Anda boleh download UiTM SHORTCUT VIRUS REMOVER v3.1  di link bawah ini:



  • http://www.mediafire.com/?nv62m30bkbl5bt4
  • http://www.mediafire.com/?u7okrf46wlbrcls
  • http://www.4shared.com/file/QjoON7jY/Shortcut_Virus_Remover_v31.htm


***CARA GUNA:


Mudah saja nak guna tool ini.Cuma perlu download dan kemudian klik saja fail itu





Pilih sama ada mahu buang virus di Pen drive atau Computer






Lepas itu pilih mana-mana device yang mahu di bersihkan kerana ini untuk Pen drive.

Tekan scan dan delete semuanya






Yang ini pula jika pilih PC.Tekan scan dan delete semuanya. Selesai.


Sumber :

Saturday, November 16, 2013

Tamat Derita Exam

I'm a happy girl !!!



Syukur Alhamdulillah .....
Tamat sudah exam .Even 'midsem' je pun tapi dah rasa macam final haa.
Ye la first time exam as a degree's student an.Baru tahu rasa dia macam mana.
'Jauh panggang dari api' . Haa memang pun jauh beza gila dari matrik dulu.
Baru lah rasa kelam-kelibut.Tu pun boleh dok buat malas lagi.
Teruk sunggoh.Haishh.

But i take it as experience in my student life.So next time i'll prepare more early as i can 
be more ready . Tinggi angan-angan di situ. 'MatJenin namanya tu'.
Kihkihkih ....





Jelas kegembiraan di situ.


Nampak tak betapa happynya tu.HAHA.
Takdak la ni buat sementara waktu ja.Nanti confirm start busy balik.
Sebelum kembali 'melemahkan' badan 'menyakitkan' otak ,better take a holiday dulu.
Hehehe.
Nanti tak boleh dah.




Smile as long as it can make you happy.
Just smile :)
Just be yourself no matter what happen around you.
Dont pretend to be happy all the time .
yeah it can make others not worry about you.
But???
Think of yourself anyway.
OK.



Hoihh apa aku merepek nih.Dok pesan dekat sapa pulak nuhh.Berjela-jela.
Never mind as long as i can always remind myself who i am.

Sekali lagi Alhmdulillah .Sekarang ni hanya mampu bertawakat dan berdoa saja agar dikurniakan kejayaan di dunai dan akhirat.
AMINN !!


Friday, November 8, 2013

Cara Menjaga Kesihatan Menurut Al-quran

Assalamualaikum ...


Okey kali ni nak share tips jaga kesihatan menurut Al-quran.


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 


3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 


4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala


Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)



Rajin-rajinlah jadikan amalan seharian yaa.
p/s : pesanan buat diri sendiri jugak




Punca-punca segala penyakit.

Salam alaik ....



Disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang ni kan.Sekejap panas sekejap hujan.Badan kita pun dah tak tentu arah jadinya.Asyik nak sakit ja.

Semacam lah aku ni ha. Tiba-tiba ja demam,sakit tekak.Satu kerja pun tak boleh nak buat.Asiignment dah macam gunung ,'midterm' pulak menanti lepas cuti ni.Ya Allah 

.
So dekat sini nak bagi tau faktor yang menyebabkan sesuatu penyakit berlaku.


Punca segala penyakit.



1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)



 

Oleh yang demikian spotcek lah diri anda yaa.
Kata orang mencegah sebelum terlambat.
                    ...   Wassalam ..


Sumber : 


Wednesday, November 6, 2013

Midsem break at Ganu Kiter .

Hello semua..........

Setelah sekian lama akhirnya ada jugak masa nak update blog ni.Mahunya takdak masa sekarang ni kan tengah 'midsem break' .
Aku start cuti hari 1/11-10/11.So balik rumah 1/11 lah.Macam besa malam baru bertolak and pagi baru sampai.
Sampai ja rumah mak cakap hari ahad nak balik 'Ganu' .Ohh me is so tired.Dahla lebih kurang 9 jam jugak la nak sampai sana.Letih oo even bukan aku drive pun.Hahaha.Tapi tak lama pun balik 4 hari ja.Dekat sana hujan lebat gila and memang tak stop dari pagi sampai malam.Yang ralatnya tak boleh nak p jalan2 lah.Tu yang tak best tuu.
Dekat kampung makan memang tak stop ah.Lepas makan makan dan terus makan.Maunya tak naik berat niha.Nasib lah maintain ja lagi nih.Heheheh.
Masa  nak balik barang tak la banyak mana tapi bila nak balik rumah Ya Allah penuh bonet.Dengan buahnya dengan kepok lekornya.Uhh mampat keta. Tu baru balik cuti kejap kalau balik raya ka tak tahu la.Ishkk3....
Alhamdulillah aku dah selamat sampai rumah and nak kena terkejar-kejar pulak completekan assignment.Lepas cuti nih 'mid term' tengah beratur menunggu pulak.Fuhh exhausted !
Tapi takpa buat slow2 and selalu berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya.
AMINNN !!.

Yang tu ja kut nak story.Nak focus benda lain pulak nih.Nanti smbung entry baru pulak eh.
Okeyy bye.
Assalamualaikum.
:').