Monday, October 28, 2013

STUDY HARD VS STUDY SMART



Salam alaik ...

Berjumpa lagi kita yaa. 
Okey kali ni nak share pulak 'KAEDAH STUDY SMART'
Sekarang nikan musim 'mid term' .Semua tengah busy studykan.So aq harap apa yg aq share boleh memberi manfaat kepada semua yg membaca .

Boleh ka baca banyak tuu ???


1)Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

2)Ulang sebanyak yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

3)Rajinkan diri bertanya

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

4)Belajar secara berkumpulan

Hanya lakukan lebih kurang 2-3 kali seminggu.Dapat bertukar-tukar pendapat di samping mendapat lebih pengetahuan dari orang lain.Ianya juga akan membantu kita mengurangkan rasa mengantuk dan bosan.Letakkan fokus terhadap sesuatu topik yang tidak difahami agar tidak tersasar dari matlamat yang hendak dicapai.

5)Tempat yang kondusif

Cari tempat yang tenang seperti perpustakaan.Jangan study di tempat yang terlalu bising.Pastikan kita dapat memahami dan mengingati setiap apa yang diulangkaji di tempat tersebut.Ini menunjukkan tempat tersebut sesuai untuk mengulangkaji.

6)100% fokus dalam kuliah


#happy studying !!
              :')

Sumber :

Tips Mendapat Keberkatan Dalam Pembelajaran


   Assalamualaikum ...  Selamat membaca ...  Selamat menjadi ulat buku ...


Alhamduliilah,kali ni aku nak kongsi serba sedikit tips belajar dengan berkesan.Tak banyak tapi boleh la nak diamalkan.Yalaa sekarang kan student dah busy dengan macam2 program dekat U masing2 kan.So takdak masa nak study kan.

Jemput-jemput larh yaa baca tips2 dekat bawah ni.

Firstly mestilah kena tahu :-> 

Bagaimana Mendapat Keberkatan Dalam Pembelajaran. 


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
“Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.




SELAMAT BERAMAL :)


Tips yang lain nanti aku buat dekat entry yang baru yaa.


#Sentiasalah ingat ALLAH dalam apa jua yg kita lakukan#
Renungkan-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, October 19, 2013

Raya Haji

Salam Aidiladha semua :)

        Still dalam 'mood' raya lagi kan ? Hahah.Tak kisahlah semua tuu. Even raya haji dah lepas beberapa hari yg lalu tapi au baru terhegeh-hegeh nak story pasal raya haji.Biasa lah busy sikit lately nih.Memang la balik beraya dengan family tapi hari raya ke-2 dah tolak balik sini pagi tu.So tak sempat nk buat apa-apa.Hari kamis kelas sampai petang,Jumaat pulak seharian sibuk dengan 'ptptn'.Hah hari ni la baru sempat nak update nya.

Haa sebelum aku sambung merepek moh la jenguk dulu gambar raya haji yaa..

Sanatapan di hari raya.Ketupat palas air tangan ibuku.Ewahh.Bukan senang mak aku nak buat ketupat ni.Dia rajin sikit kali ni.hahaha.


Yang ni pulak rendang ayam.Besalah kalau ada ketupat mesti la kena ada rendang kan.Baru la cukup 'goo' dia an.


Ha udah-udah la tu jenguk gambar tu ha.Meh layan cita aku pulak.Menu yang dekat atas tu biasa ja takdak yg special pun.Jadilah kan ada jugak makanan .ALHAMDULILLAH.Bersyukur dengan apa yg kita ada.

Haa kali ni aku ingat nak pekenal family aku.Tapi tak dak gambar la pulak yang raya haji punya.Ada pun gambar kakak aku ja.Yang lain semua tak mau ambik gambar.Abah sibuk sembelih lembu.Adik of course lah ikut abah .*penyibuk antarabangsa dia tu*.Abang jangan harap lah dia nak ambik gambar.Susah betul nak ada gambar dia.*mengalahkan artis*.Mak pulak tak comei katanya.HAHA.Macam-macam la.

OKlah layan lah dulu gambar yang mana ada ni.Nanti la pulak aku tunjuk family aku yg lain yaa.Alah jangn risau banyak lagi masa.


Haa ni lah aku.Hehe.Kenal la tuan punya blog dulu.Baru afdhal kenal yang lain kan.For your info PINK tu my favourite colour.Obsess dah dengan colour tuu.Tak boleh nak buat apa dah.

Yang ni pulak kakak aku.Beza satahun ja pun dengan aku.Memang aku paling kamcing dengan dia lahh.Ramai orang kata kami macam kembar.Cuba teliti elok2 sama ka?????*Jawab dalam hati dah la nah*.Hehe


Rasanya macam dah takdak apa dah nak story.Raya haji tak berapa nak meriah sangat.Lagipun aku cuti sat ja.Rasa macam tak raya pun.Hmmm.
Sedihhh.

Okk dahh.Nanti kita sambung story lain pulak yaa.

Boleh lagi kan nak ucap raya.


Selamat hari Raya Adiladha.
Selamat Hari Raya Qurban.
Selamat Hari Raya Haji. :) :')

Macam-macam nama raya kali ni kan.Oklah tuu tak payah nak prepare ucapan panjang-panjang.Buat sakit kepala ja nak fikir.

Salam semua ......
#Peace#



Saturday, October 12, 2013

Home Sweet Home :)

Salam Alaik .....

      Alhamdulillah dah selamat sampai rumah tepat jam 6.30 pagi.aku bertolak lebih kurang pukul 12.30 pagi dari Kajang. Actually aku tolak pukol 10.15pm tapi ada  problem sikit sebab tu lah yg delay sampai 2jam tuu.Besaq jugak problem tuu sebenakunya.Memang aq ingat dah tak boleh balik malam tuu.Nak menangis rasa.Yelah dah la first time naik bas sorang-sorang pulak tuu.

Yang jadi problem tu bas takda permit.So bila takda permit mana boleh bawa penumpang.Biasa laa time cuti raya ni kan macam-macam boleh jadi.So setiap bas memang kena ada permit.Nak pulak malam tu SPAD mai cek bas pulak.Ada la satu bas ni sepatutnya tolak pukol 9pm tapi dah kaalu dapat dekat SPAD memang lama lah kena tunngu.Aku tak sure la bas tu tolak pukul bapa. Memang lewat lah kesian dekat penumpang yang nak balik kampung tu.Depa punya agen jual tiket tu smpai lari sebab bas depa semua dah kena tahan dgn SPAD.Hmmm


Memang aku rasa lega first2 tu sebab aku ingat bas yang akan aku naik tu ada permit.Yelah bila aku compare tiket aku dgn tiket bas yang kena tahan memang tiket aku tu elok la.Siap ada nama bas bagai .Tunggu punya tunggu bas tak sampai-smapai jugak.Dalam pukul 11pm aku pergi kauter tanya kakak yang ejas tiket nih. Last-last aku
 punya bas pun tkda permit.Hmm apalah nasib kan.Sabar je la.Lama jugak tunggu sampai naik bosan dah .Takut jugak kalau jadi apa-apa.Tapi Alhamduliilah dapat jugak balik even lewat dah pun kan.Ada aku kesah.Hahhaha.Janji boleh balik sudaa.


Takda apa dah kut nak story.Byeee. Nak spend time dengan family sebab cuti tak lama. Hari rabu ni  nak kena balik u dah.


OKey. Salam ..


Tengss sudi baca post yg merapu berbelit-belit nih . :*)

Tuesday, October 8, 2013

Saat yg ditunggu

Balik kampung !!!

Hye Hye Hye .......
    
       Intro dia pun dh mcam happy gila an . Heheh. Of course lh minggu ni kan dh nk balik umah dh .Minggu depan dh nk raya haji.So kena la balik nk sambut raya dgan family an.Tak kan nk smbut dkat sini kut.Tapi aq bersyukur gila bole balik sebab ad ja membe aq yg dkat u lain tak bole blik sebab cuti sehari ja.Emm kesian kan.Dh la study jauh jarang jumpa family,tup2 raya haji tak bole bali pulak an.*feel sorry for them :'( *

Nak kata aq ni study jauh tak la jauh sngatt pun.Selangor ja pun.Lebih kurg 6jam dari Kedah kalau naik keta.Tapi nk balik kena naik bas la pulak tak kan nk suruh parents ambik kutt.Mengada lebih pulak tuu.
Tapi sedih jugak sebab aq balik sensorang naik bas .Dh la first time balik malam naik bas 'double dekker' pulak tuu.Hmmmmmmmm.Tetapi ku gagahkn jua demi bertemu family tercinta .Cewahhh.

Excited nk jumpa fmily sebab dh sebuln lebih tak balik.*alah sat ja tuu*.Hahahah.Pejam celik kelip-pok kelip-pok dh sebulan aq study dkat ukm nihh.Best jugak.Kihkihkih.

haaaaa sebelum aq lupa  'Selamat  Hari Raya Aidiladha' :*) :) :') .Moh la kita sembelih lembu beramai-ramai. Hahahah.
                                                           ........      Daaaaaaaaa   ........

Sunday, October 6, 2013

Uji Minda


Pening !


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri
Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.
Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang
Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada
Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar
Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo
nennooo..neenooo..nenoooo..

Friday, October 4, 2013

Ukm's Life

Assalamualaikum :)

             Hai semua ! Memandangkan ni first entry aq, so aq just nak story pasal life aq dekat ukm nih.Masuk minggu nih dah sebulan lebih aq belajar dekat sini.Cepat kan masa berlalu. Minggu depan dh nk balik dah !Cuti rayerr ! Hewhewhew.(sory overexcited sikit).

Life aq dekat sini besalh as a student an busy la sikit .Lebey kurg mcam mtrik dulu lh tapi a bit diff  sebab ni dh "U" okayy. leulss .Cuma yg tak best class aq smpai hari jumaat even dkat sini memg macam tu pon. tapi roomate aq ,membe n majority dkat level aq nih semua class smpai kamis ja.Aq tak kesah sangat tapi minggu nk balik tu lah aq kena stay sorg2. *sedihh*.

Daily routine aq pagi2 pukul 7.30 dh kena terpacak tnggu bas. Sebab kolej aq dengan faklti jauh so kena naik bas.(Nadi Putra ).Aq ni jenes yg malas nk satyback dekat fakulti. Habes je class cabut balik kolej terus. Tak reti langsung nk pegi library study ke hape ke.Haishh bilalh nk ubah habit ni.OOh lupa pulak aq amek kos busines admin. Dekat sini kos akaun dorang buka masa 2nd year. so sesapa yg nk change ke kos akaun kenalah 3.0 n above okayy. Haa satu lagi akaun comfirm2 la kena 'A'.kalau tak jgn harap laa. Hehehe.*tuju dekat diri sndiri *

Btw aq stay dekat Kolej Pendeta Za'ba (KPZ).Kolej ni  kira studnt paling ramai laa.Aq bukan nk kata tapi makann dia tak berapa lahhh. *paham kan mksud aq *. Hhehehe.Okayy dah aq nk cita part yg best nih tapi aq kasi gambar dulu yaa.



Ni design fakulti aq .Unik kan.Ni sebelah dalam.Fakulti ekonomi & pengurusan.Yg 2org tu model.HAha.padahal tak kenal pon


Pencerobohan monyet !!


Ni ha nk story.Hari tu lepas balik dari kelas ,dgn penatnya,lapaqnya. Sampai ja dekat bilik Subhanallah macm tongkang pecah blik .Habes mkann aq Dgn roti,kapten munch.cloud9 n yg paling tension maggi aq sebungkus lenyap.Ni semua monyet punya keja.Tah macm mana dia bole masuk bilik aq, Padahal tngkap tu dh lock kott.Stresss gilaa !!Jadi keja plak nk kena kemas bilik.Jahanam punya monet.Lepas tu memg aq semunyi mkann aq. Haha .*tequk sngat ah ayat*.Nak share gambaq pon takda sebb tak terfikir pon nk amek time tuu.
So lesson here be careful n jaga mkann elok2 okayy. Jgn jadi macam aq sudah. Hehehe.
Key Byeeeeeee !!! :*)